Northumbrian Water Group

Northumbrian Water Group (NWL) adalah sebuah syarikat pemegangan untuk beberapa anak syarikat berkaitan dengan industri-industri bekalan air, pembetungan dan air buangan. NWL juga merupakan pembekal air utama di timur laut England (didagangkan sebagai Northumbrian Water) dan sebahagian timur England sebagai Essex and Suffolk Water.[2] Pada tahun 2011, Northumbrian Water Group telah diperoleh oleh syarikat prasarana Hong Kong CK Infrastructure Holdings.[3]